Thursday, January 7, 2010

08-11-1974 - MEMPERKENALKAN JERAI

8 November, 1974

Tuan Yang Di Pertua,

MENYOKONG USUL

Saya menyokong usul mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Di Pertua dan Timbalan Yang Di Pertua yang telah dilantik untuk memegang amanah memimpin Dewan yang mulia ini.

MEMPERKENALKAN JERAI

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan kepada Dewan ini Kawasan Jerai yang saya menjadi wakilnya kerana segala butir-butir perbincangan selanjutnya saya asaskan kepada penyelidikan yang saya buat dalam kawasan ini.


Kawasan Pilihanraya Jerai mempunyai sebuah gunung dan empat buah pulau kecil yang menarik. Kami juga bernasib baik mempunyai sebuah tanjung dan dua buah air terjun yang merupakan tempat pelancungan yang dikunjungi oleh penduduk=penduduk yand mengetahuinya.

Di kaki salah sebuah air terjun ini terdapat sebuah jambatan pontoon peninggalan British.

Jerai juga mempunyai 9 buah sungai dan 6 buah taliair. Dengan bantuan Kerajaaan sejak merdeka, maka kami bernasib baik mempunyai 22 buah Sekolah Kebangsaan aliran Melayu, 10 buah Sekolah Rendah aliran Cina ditambah pula dengan 2 buah Sekolah Menengah. Terdapat lebih 12,000 orang pelajar dari 129 kampung dari 5 Mukim dalam kawasan ini.

Syukur Alhamdulillah kerana kawasan kami jugaa mempunyai 5 buah Sekolah Ugama dan 27 buah masjid di mana masyaraka Jerai dapat menjadikan pusat tumpuan untuk beribadat.

Dari segi ekonomi kawasan kami bernasib baik dengan adanya projek penanaaman padi dua kali setahun dan di dalam kawasan ini terdapat tiga pusat kilang L P. N. ( Lembaga Padi dan Beras Negara ).
Dengan ini berertilah bahawa 55,391 orang penduduk di kawasan ini yang menduduki 12,069 buah rumah mempunyai cukup kemudahan alam dan kelengkapan-kelengkapan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia, sementara memperhambakan diri kepada Allah, semog mendapat tempat yang istimewa di akhirat.

Selain dari mempunyai tanah sawah yang luas, Jerai juga mempunyai 47,331 ekar getah yang diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil.

Tuan Yanag Di Pertua,





PERUMAHAN


Penduduk Jerai menyanjung tinggi cita-cita Kerajaan untuk melancarkan rancangan perumahan yang lebih intensif dan kami berharap rumah-rumah baru ini tidak akan menjadi rumah-rumah tambahan kepada pegawai yang lebih mewah dan kalangan yang berada sahaja.





PELAJARAN


Kami juga berharap semoga di bawah pimpinan Menteri Pelajaraan yang baru, yang akan menumpukan perhatian kepada sekolah-sekolah di luar bandar, maka saatu perubahan besar akan berlaku kerana ada sekolah di dalam Jerai mempunyai alat kelengkapan yang dipusakai dari penjajah.




PENGEBOMAN DI PULAU BIDAN


Apabila orang ramai mendengar mengenai kecantikan alam Jerai tentulah terasa oleh mereka bahawa penduduk di sna saangat bertuah.

Malangnya, sejak zaman penjajah, dengan perjanjian pertahanan, sebuah daripada empat buah pulau di kawasan saya telah menjadi sasaran untuk berlatik mengebom oleh Angkatan Udara salah sebuah negara sahabat.

Saya percaya keadaan negara kita cukup aman, suasana politik cukup tenteram dan dasar luar Malaysia baik terpimpin untuk membolehkan perjanjian mengebom di sebuah pulau itu disemak semula supaya lautan, pulau dan gunung dapat dinikmati sebagai tempat pelancung.



MASALAH NELAYAN


Oleh kerana pengeboman ini, maka ikan-ikan di laut telah lari ke tengah tengaah lautan kerana tidak tahan getaran air lantaran bom, menyebabkan nelayan-nelayan dengan kelengkapan yang paling sederhana kekurangan pendapatan.



INFLASI

Kebanyakan penduduk Jerai tidak mengerti perkataan inflasi. Tetapi mereka menderitainya.
Saya mengucapkan tahniah atas usaha Kerajaan untuk mengurangkan inflasi.

Perkataan anti sorok, sekatan kredit dan tanda harga sudah menjadi buah mulut orang ramai, sementara Kementerian Perdagangan dan Perindustrian telah menjalankan sat usaha untuk membaskikan pekerjaan sorok.

Saya bersyukur kepada Allah Subahanahu Wataala, kerana aanti sorok adalah ibadat, kerana sorok adalah satu amanalan ang dikecam oleh Us=gama Allah sebagaimana yang terdapat di dalam Hadis 'Miskat Masabih.'


MASALAH PENANAM PADI


Bagi penanam-peanam padi pula ada rancangan menanam padi dua kali setahun.
Dengan adanya penanaman dua kali seahun kit sudah mula menyelesaikan masalah negara dengan mengurangkan import beras. Kita juga dapat mempertahankan penderitaan peladang dari bertambah, teapi kita belum menyelesaikannya.

Bertambahnya pengeluaran padi dapat diseimbangkan dengan kenaikan harga barang dan kenaikan upan tanam dan mengerat.

No comments:

Post a Comment