Friday, January 8, 2010

25-11-1974 - INFLASI DAN PEMBANGUNAN

25 November, 1974

Saya menyokong usul untuk meluluskan Anggaran Belanjawan untuk tahun 1975.

Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan yang telah membentangkan Anggaran Belanjawan yang begitu terpuji. Jarang sekali di dalam Parlimen di negara-negara lain terdengar kata-kata pujian daripada pihak Pembangkang sebagaimana yang terdengar di dalam Dewan ini.

PEMBANGKANG

Oleh kerana Belanjawan ini begitu baik, maka terpaksalah pihak Pembangkang mengolahkan kritik-kritiknya dengan menggunakan kata-kata seperti 'tidak cukup' atau 'not enough' bagi semua tindakan-tindakan yang didapati jelas baik di dalam Anggaran.

'Tidak disebutkan' atau 'omitted' bagi sesuatu yang difikirkan sensational dari segi politik.

Dikatakan 'drastic' atau 'keterlaluan' bagi semua tindakan yang terkena ke atas rakyat walaupun tindakan itu berpatutan.

Seorang dari Pembangkang telah memuji Menteri Kewangan kerana memendekkan ucapan Belanjawannya.; Beliau berkata dalam bahasa Inggeris:

'I can also praise his wisdom in shortening his speech - although it took two hours to deliver - and providing us with a substantial printed supplement in the form of the Economic Report".

'Saya juga boleh memuji beliau kerana kebijaksanaannya memendekkan ucapan walaupun memakan masa dua jam untuk disampaikan dengan membekalkan kita dengan bahan cetakan secukupnya dalam bentuk Laporan Ekonomi'

No comments:

Post a Comment