Tuesday, January 26, 2010

18-11-1975 - MALU DAN SEDIH

18th. November, 1975

Tuan Yang Di Pertua,

BAHASA MALAYSIA

Saya menyokong Anggaran Belanjawan kerana ianya menasabah dan bertimbang rasa. Saya tertarikh kepada bahagian ucapan belanjawan Yang Berhormat Menteri Kewangan di mana Yang Berhormat menyebut bahawa usaha untuk menyatupadukan rakyat belum selesai.

Ini adalah satu pengakuan yang berani yang menjadi syarat utama untuk menyelesaikan satu-satu masalah. Pihak pembangkang menagambil kesempatan untuk menimbulkan isu-isu bahasa yang telah pun diputuskan untuk kepentingan jangka panjang demi tercapainya perpaduan rakyat.

Saya mencadangkan supaya penggunaan Bahasa Malaysia diperluaskan lagi dikalangan seluruh rakyat. Saya berasa malu dan sedih kerana ada ahli Peace Corp di negara in yang belajar Bahasa Malaysia untuk beberapa bulan sahaja tetapi bertutur dengan lebih fasih daripada yang pernah kita dengan di dalam Dewan ini.


PERTUBUHAN BELIA MENYATUPADUKAN RAKYAT

Tuan Yang Di Pertua,

Menyentuh soal perpaduan rakyat, saya ingin menyerankan semoga pihak kerajaan menggunakan kelab-kelab belia yang mempunyai ahli dari berbilang kaum sebagai satu daripada alat untuk menyatupadukan rakyat.

MASALAH PETANI

Kita juga mendengar di dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan bahasa pada tahun-tahun yang akan datang kita akan ketepikan peruntukkan untuk baja subsidi bagi petani.

Dalam mempersoalkan masalah golongan petani, khususnya yang di Kedah, ingin saya mengemukakan kepada Dewan ini beberapa masalah dan cara penyelesaian yang harus difikirkan dengan secepat mungkin supaya penderitaan mereka dapat cepat diselesaikan.

No comments:

Post a Comment