Sunday, January 10, 2010

06-12-1974 - OTAK KERAJAAN

6 Disember, 1974

PENYELIDIKAN

Dalam menyokong peruntukkan untuk Kementerian Perancangan Am, Peruntukan Sosio-Ekonomi, saya ingin menyatakan bahawa walaupun peruntukkan untuk Kementerian ini kelihatan kecil, malah jatuh nombor dua jumlahnya kalau dibandingkan dengan peruntukkan-peruntukkan untuk Kementerian-Kementerian lain, tetapi saya berpendapat bahawa perana yang akan dimainkan oleh kementerian ini adalah penting sekali, malah kita boleh katakan Kementerian inilah yang boleh dianggap sebagai otak Kerajaan, kerana saya kira didalam Kementerian inilah kita dapati hasil-hasil daripada penyelidikan yang mendalam yang dapat kita gunakan untuk mempercepatkan lagi pembangunan negara.
Tuan Pengerusi,

Sebagai 'The Brain' ataupun 'otak' sudah tentu kita tidak perlu mempunyai otak yang begitu besar, yang memerlukan peruntukkan yang besar pula. Apa yang penting ialah kualiti ataupun mutu tenaga kerja yang ada pada Kementerian ini nanti.

Saya penuh yakin sebagai sebuah Kementerian yang dipimpin oleh seorang Menteri yang dahulunya memimpin Kementerian yang berjaya mewujudkan PETRONAS banyak perkara-perkara yang "unexpected " atau pun yang tidak disangka-sangka yang akan lahir hasil dari usaha yang dijalankan dalam Kementerian ini.

No comments:

Post a Comment