Friday, January 8, 2010

22-11-1974 - KEDAI BORONG BERNIAGA RUNCIT

22 November, 1974

Soalan:

Tuan Yang Di Pertua,

Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa ada perbadanan-perbadanan, khususnya di peringkat Negeri yang membuka kedai-kedai yang sepatutnya menjalankan perniagaan borong tetapi menjalankan perniagaan runcit dan bersaing dengan pedagang-pedagang Bumiputera dalam bidang tersebut.

Jawapan:

Datuk Mohamad bin Rahmat:

Tuan Yang Di Pertua,

Saya sedar mengenai perkara ini dan salah satu sebab mengapa Kementerian baharu ditubuhkan ialah untuk menentukan bahawa perkara-perkara seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu dapat kita elakkan, dan perbadanan-perbadanan ini dapat menjalankan tugasnya itu sebagaimana yang telah ditetapkan dan mereka atidak pula akana melambatkan atau menyekat perkembangan Bumiputera-Bumiputera yang lain yang hendak mengambil bahagian di dalam perdagangan dan perindustrian.

No comments:

Post a Comment