18th. November, 1975
Tuan Yang Di Pertua,
BAHASA MALAYSIA
Saya menyokong Anggaran Belanjawan kerana ianya menasabah dan bertimbang rasa. Saya tertarikh kepada bahagian ucapan belanjawan Yang Berhormat Menteri Kewangan di mana Yang Berhormat menyebut bahawa usaha untuk menyatupadukan rakyat belum selesai.
Ini adalah satu pengakuan yang berani yang menjadi syarat utama untuk menyelesaikan satu-satu masalah. Pihak pembangkang menagambil kesempatan untuk menimbulkan isu-isu bahasa yang telah pun diputuskan untuk kepentingan jangka panjang demi tercapainya perpaduan rakyat.
Saya mencadangkan supaya penggunaan Bahasa Malaysia diperluaskan lagi dikalangan seluruh rakyat. Saya berasa malu dan sedih kerana ada ahli Peace Corp di negara in yang belajar Bahasa Malaysia untuk beberapa bulan sahaja tetapi bertutur dengan lebih fasih daripada yang pernah kita dengan di dalam Dewan ini.
Tuesday, January 26, 2010
Monday, January 25, 2010
29-10-1975 - BERDOA PANJANG
29hb Oktober, 1975
Tuan Yang Di Pertua,
DOA - KOPERASI
Tuan Yang Di Pertua,
DOA - KOPERASI
Saya menyambut pindaan ke atas Peraturan Koperasi ini dengan doa yang sungguh panjang. Doa semoga perubahan struktur yang akan berlaku ini akan membawa perubahan semangat.
Doa semoga perubahan struktur yang akan dibawa ini akan membawa perubahan sikap, semoga dengan adanya pindaan ini kita akan melihat keikhlasan yang sungguh-sungguh dari semua pihak untuk menunaikan segala janji-janji untuk menjayakan koperasi.
Saya berdoa lagi semoga dengan adanya pindaan ini kita tidak akan terbengkalai disebabkan kekurangan yang banyak, baik dari segi peluang, dari segi modal dan dari segi pengurusan. Saya berdoa sekali lagi semoga dengan adanya pindaan ini maka kita juga akan sanggup membuat pindaan-pindaan di masa yang akan datang sekira kita dapati pindaan yang kita buat pada masa ini tidak lagi sesuai setelah dilaksanakan untuk beberapa waktu.
Thursday, January 21, 2010
19-12-1974 - SISTEM EKONOMI ISLAM
19hb. Disember, 1974
Tuan Yang Di Pertua,
BANK PEMBANGUNAN ISLAM
Dalam menyokong Rang Undang-Undang Bank Pembangunan Islam ini, saya ingin menyatakan bahawa penubuhan Bank Pembangunan Islam ini merupakan satu batu tanda kepada satu perubahan besar di dalam negara ini, malah mungkin ianya merupakan satu batu tanda bahawa kita sudah bergerak ke arah mencapai dalam masa 20 hingga 30 tahun, sistem ekonomi Islam yang pada waktu ini belum ada sebuah negara pun di dunia mengamalnya.
KAPITALISME, SOSIALISME ATAU ISLAM
Tuan Yang Di Pertua,
Apabila berbicara mengenai ekonomi, lazimnya di dunia ini, kita memandang dari sudut kapitalisme dan dari sudut sosialisme, seolah-olah Islam tidak berkemampuan menyumbang pilihan lain kepada duaa sistem demokrasi ini./

13-12-1974 - UDANG DI SEBALIK BATU
13hb. Disember, 1974
Udang Di Sebalik Batu
Tuan Pengerusi,
Ingin saya menyentuh sedikit mengenai pembukaan bank sebagaimana yang telah disuarakan oleh setengah dapada 'sosialis demokrat'. Bagi saya agak anih untuk mendengar di dalam Dewan ini pihak sosialis demokrat mencadangkan kepada pemerintah komunis yang mengamalkan sistem ekonomi bebas, supaya memberi izin kepada negara-negara 'lomunis' untuk membuka banksnya di Kuala Lumpur untuk membantu kapitalis yang ada di sini.

12-12-1974 - KEAMANAN NEGARA
KEAMANAN NEGARA
Dalam menyokong peruntukkan untuk Kementerian Pertahanan saya ingin menyentuh sedikit sebanyak mengenai keselamatan dan keamanan negara pada waktu ini yang sangat-sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pertahanan.
SERANGAN LUAR
Memandangkan kepada keadaan kemerosotan ekonomi dunia, saya tidak yakin ada negara luar yang dapat membantu untuk mengamankan ataupun mempertahankan negara kita daripada serangan-serangan luar.
INFLASI DAN REVOLUSI
Tuan Pengerusi,
Sekarang kita menghadapi masalah inflasi dan kita mengetahui bahawa revolusi-revolusi yang tercetus di dunia kebanyakkan bermula pada waktu dan masa inflasi./

Sunday, January 10, 2010
06-12-1974 - OTAK KERAJAAN
6 Disember, 1974
PENYELIDIKAN
Tuan Pengerusi,
PENYELIDIKAN
Dalam menyokong peruntukkan untuk Kementerian Perancangan Am, Peruntukan Sosio-Ekonomi, saya ingin menyatakan bahawa walaupun peruntukkan untuk Kementerian ini kelihatan kecil, malah jatuh nombor dua jumlahnya kalau dibandingkan dengan peruntukkan-peruntukkan untuk Kementerian-Kementerian lain, tetapi saya berpendapat bahawa perana yang akan dimainkan oleh kementerian ini adalah penting sekali, malah kita boleh katakan Kementerian inilah yang boleh dianggap sebagai otak Kerajaan, kerana saya kira didalam Kementerian inilah kita dapati hasil-hasil daripada penyelidikan yang mendalam yang dapat kita gunakan untuk mempercepatkan lagi pembangunan negara.
Sebagai 'The Brain' ataupun 'otak' sudah tentu kita tidak perlu mempunyai otak yang begitu besar, yang memerlukan peruntukkan yang besar pula. Apa yang penting ialah kualiti ataupun mutu tenaga kerja yang ada pada Kementerian ini nanti.
Saya penuh yakin sebagai sebuah Kementerian yang dipimpin oleh seorang Menteri yang dahulunya memimpin Kementerian yang berjaya mewujudkan PETRONAS banyak perkara-perkara yang "unexpected " atau pun yang tidak disangka-sangka yang akan lahir hasil dari usaha yang dijalankan dalam Kementerian ini.
Friday, January 8, 2010
25-11-1974 - INFLASI DAN PEMBANGUNAN
25 November, 1974
Saya menyokong usul untuk meluluskan Anggaran Belanjawan untuk tahun 1975.
Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan yang telah membentangkan Anggaran Belanjawan yang begitu terpuji. Jarang sekali di dalam Parlimen di negara-negara lain terdengar kata-kata pujian daripada pihak Pembangkang sebagaimana yang terdengar di dalam Dewan ini.
PEMBANGKANG
Oleh kerana Belanjawan ini begitu baik, maka terpaksalah pihak Pembangkang mengolahkan kritik-kritiknya dengan menggunakan kata-kata seperti 'tidak cukup' atau 'not enough' bagi semua tindakan-tindakan yang didapati jelas baik di dalam Anggaran.
'Tidak disebutkan' atau 'omitted' bagi sesuatu yang difikirkan sensational dari segi politik.
Dikatakan 'drastic' atau 'keterlaluan' bagi semua tindakan yang terkena ke atas rakyat walaupun tindakan itu berpatutan.
Seorang dari Pembangkang telah memuji Menteri Kewangan kerana memendekkan ucapan Belanjawannya.; Beliau berkata dalam bahasa Inggeris:
'I can also praise his wisdom in shortening his speech - although it took two hours to deliver - and providing us with a substantial printed supplement in the form of the Economic Report".
'Saya juga boleh memuji beliau kerana kebijaksanaannya memendekkan ucapan walaupun memakan masa dua jam untuk disampaikan dengan membekalkan kita dengan bahan cetakan secukupnya dalam bentuk Laporan Ekonomi'

Subscribe to:
Posts (Atom)